KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara Malaysia setakat ini meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Dalam kenyataan pada Isnin, katanya, ramalan trafik penumpang udara Mavcom tahun ini adalah antara 93.9 juta dan 107.1 juta penumpang, menggariskan trajektori pertumbuhan sektor penerbangan yang dijangkakan.
"Momentum pemulihan ini dibuktikan lagi dengan trafik penumpang Februari 2024 yang mencapai 95.4 peratus daripada jumlah trafik penumpang pada Februari 2019," katanya.
Menurut Mavcom, bagi Februari 2024, Malaysia telah menyaksikan jumlah trafik penumpang mencapai 8.1 juta, menunjukkan peningkatan bulan ke bulan yang signifikan, iaitu 12.6 peratus berbanding Januari 2024, berjumlah 7.19 juta penumpang.
Angka ini turut menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 34.8 peratus berbanding Februari 2023, yang mencatatkan seramai 6.01 juta penumpang, katanya.
"Trafik penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menyumbang sebanyak 49.3 peratus dan 50.7 peratus kepada keseluruhan trafik pada Februari 2024, menandakan peningkatan 3.2 mata peratusan dalam syer trafik penumpang domestik berbanding Januari 2024," katanya.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, sektor penerbangan sedang menuju ke arah pemulihan yang teguh, dengan trafik penumpang udara untuk Februari 2024 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Beliau berkata, data semasa menunjukkan permintaan untuk perjalanan udara di Malaysia mungkin mencapai tahap prapandemik menjelang akhir tahun ini dan berpotensi untuk melepasinya pada 2025.
"Bagaimanapun, kapasiti pesawat pada masa ini masih menjadi isu berbangkit berikutan gangguan rantaian bekalan, menyebabkan kelewatan dalam penghantaran pesawat.
"Oleh itu, adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk merancang rangkaian penerbangan mereka secara teliti dan memperuntukkan sumber mereka dengan cekap.
"Selain itu, pengendali lapangan terbang harus memastikan infrastruktur sedia ada mencukupi dan mampu menampung peningkatan permintaan untuk mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi," katanya.
Saripuddin berkata, lonjakan perjalanan udara yang signifikan ini turut mencerminkan pemulihan kepercayaan pengguna terhadap perjalanan udara yang selamat dan kembalinya hasrat untuk berhubung, menekankan peranan penting sektor penerbangan dalam memudahkan bukan sahaja kecergasan ekonomi, malah pembinaan semula ikatan.
Beliau berkata, sebagai pengawal selia, Mavcom mengambil perhatian terhadap perkembangan ini dan kekal komited dalam memastikan pertumbuhan sektor ini sejajar dengan keperluan rangka kerja perlindungan pengguna dan kualiti perkhidmatan yang teguh, serta pengawasan kawal selia suruhanjaya.
"Ini memastikan pemulihan industri bukan sahaja kukuh,malah saksama dan mampan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Saripuddin berkata, sektor penerbangan sedang menuju ke arah pemulihan yang teguh, dengan trafik penumpang udara untuk Februari 2024 menunjukkan peningkatan yang ketara. - Gambar fail/Bernama
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
[TERKINI] Pembangunan kasino di Forest City adalah fitnah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino adalah fitnah liar dan tidak benar.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Trafik penumpang udara Malaysia naik kepada 15.3 juta pada Februari 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Trafik penumpang udara meningkat 31 peratus pada Jun 2023 - IATA
Jumlah trafik penumpang udara melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 apabila momentum pemulihan selepas pandemik berterusan.
Trafik penumpang udara Malaysia capai 80.8 juta pada 2023 - MAVCOM
MAVCOM ramal trafik penumpang udara pada 2023 akan berkembang 40 hingga 52 peratus tahun ke tahun.
Malaysia dijangka catat pemulihan trafik penumpang udara 30 hingga 45 peratus daripada tahap sebelum pandemik
Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.